Wednesday 16 April 2014

Allah Sebaik-baik Penolong dan Pelindung.

Menyerahkan semua perkara kepada Allah, 
bertawakkal kepada-Nya, 
percaya sepenuhnya terhadap janji-janji-Nya, 
redha dengan apa yang dilakukan-Nya,
berbaik sangka kepada-Nya,
dan menunggu dgn sabar bantuan dari-Nya
merupakan buah keimanan yg paling besar dan sifat paling mulia pada seorang mukmin. Dan ketika seorang hamba tenang dan yakin bahawa apa yang berlaku itu baik baginya, dan ia menggantungkan setiap masalahnya hanya kepada Tuhannya maka ia akan mendapat pengawasan, perlindungan, kecukupan serta bantuan dari Allah s.w.t.

Malahan ketika Nabi Ibrahim a.s dicampak ke dalam api, ia mengucapkan : "Hasbunallah wa ni'mal wakil," maka Allah pun menjadikan api yang panas itu sejuk serta-merta. Dan Nabi Ibrahim pun tidak terbakar. Demikianlah halnya yang dilakukan Baginda Rasul dan para sahabatnya. Apabila mendapat ancaman dari pasukan kafir dan penyembah berhala, mereka juga mengucapkan : "Hasbunallah wa ni'mal wakil."

-diambil dari buku La Tahzan, Dr 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni.

Alhamdulillah mula rasa ok sket lepas baca ayat2 ni... =)

Thursday 3 April 2014

Emak..

Aku baru nak tengok skype..
kot2 abahku online..
tp bile tengok jam baru pukul 9lebih (msia pkul 8lbih),
rase mcm xonline lagi ni..
belum sempat tengok, terus dapat skype call dari abah! 
Alhamdulillah..

Bagaikan mengerti anakmu ini sedang kerinduan..
Bagaikan mengerti anakmu ini dalam kesedihan..T_T

Muka emak yg muncul dahulu..
katanya abah xbalik lg..kedai belum tutup..

Sembang2..

Hanya tuhan je yg tahu betapa sayunya hati aku lihat mak..
wpon mulut ni masih tersenyum..
masih ketawa..

tiba2 mak tanya..
betul ke nak balik msia?

hahhhh..sape pulak bgtau ni....
rupenya ada saudara aku yg aku lupa aku friend dgn dia bgtau mak..
hati mula rasa marah..kenapa kau perlu cerita dekat emak aku?
macam tak faham perasaan risaunya seorg ibu terhadap anak..
sedangkan kau sendiri ada anak..tp knp kau tak boleh nak fikir,,,,,,????

Sabar.

Sabar.

Mungkin niat dia nak cerita pasal post2 aku dekat fb,,sebab mak xde fb..(husnuzon)

dan 

terima kasih sbb mngingatkan aku untuk sentiasa privatekan post2 aku kat fb dari insan sebegini...



dan hari ni...mak cakap kat aku...


"sabarlah..tak lama lagi..bbrpe bulan je..pejam celik..siang malam..dah nk balik nnt.."

"banyak2 lah berzikir.."


Makkk..........

dulu su yg cakap camtu kat mak...


sekarang mak pulak yg cakap camtu kat aku!

Aku speechless.

Mata aku dan2 nak berair..hrp2 mak tak prasan T_T

dan aku jugak risau kalau mak aku risauuu...


Semua kerana post aku... :(

lepas ni aku kena pikir panjang sebelum post ape2..

Apa2pon,

Syukur alhamdulillah Allah s.w.t dah sembuhkan demam mak..
mak dah makin sihat..
Semoga mak dan abah terus sihat..Amin...









Tuesday 18 March 2014

Pengubat Hati.

Photo: Kata penyair, Abu Firas al-'Amiri yang dikenali dengan Majd al-' Arab:.. "Berpisahlah, nescaya kau dapati ganti orang yang kau tinggalkan Mengembaralah di bumi, nescaya kau temui petunjuk dalam perjalanan itu Singa jika tidak meninggalkan hutannya, .. tidak akan garang Anak panah jika tidak meninggalkan busarnya tidak akan mengena sasaran "(Fawat al-Fawayat 3/87, Beirut: Dar al-Sadir) Saya kata:. ya, pergi wahai diri, mencari dan meneliti segala rahsia ilahi di alam ini .. luaskan pandanganmu supaya engkau dapat lihat sesuatu dari sudut yang beribu .. kembaralah nescaya engkau akan bertemu dengan sesuatu yang baru .. tentang manusia, dunia dan segala berita .. bawalah ia sebagai obor peringatan buat diri dan teman .. berjalanlah mendapatkan catatan untuk masa hadapan .. mungkin ia akan lebih aman dari diari semalam .. himpunkan segala kenangan yang indah dan gundah .. bawalah sebagai bekalan dalam merempuh suatu perjalanan yang mungkin sunyi dan kembara yang mungkin sepi .. kutiplah segala madu dan penawar untuk luka dan calar .. temuilah apa yang kau idamkan ... mungkin ia bekalan baru buat suatu permusafiran yang engkau pun tidak tahu ..



Kata Penyair, Abu Firas al-'Amiri Yang Dikenali Dengan Majd al-' Arab: .. "Berpisahlah, Nescaya Dapati Kau Kau Yang Ganti Orang Tinggalkan Mengembaralah di Bumi, Nescaya Kau Temui Petunjuk Dalam Perjalanan ITU Singa Jika Tidak Meninggalkan Hutannya, Tidak Akan .. Garang Anak Panah Jika Tidak Meninggalkan Busarnya Tidak Akan Mengena Sasaran "(al-Fawat Fawayat 3/87, Beirut: Dar al-Sadir). 
Saya Kata: ya, Pergi Wahai Diri, Mencari Dan Meneliti Segala Rahsia Ilahi ini di Alam. . Luaskan pandanganmu supaya engkau dapat lihat sesuatu dari sudut yang beribu .. kembaralah nescaya engkau akan bertemu dengan sesuatu yang baru .. tentang manusia, dunia dan segala berita .. bawalah ia sebagai obor peringatan buat diri dan teman .. berjalanlah mendapatkan catatan untuk masa hadapan .. mungkin ia akan lebih aman dari diari semalam .. himpunkan segala kenangan yang indah dan gundah .. bawalah sebagai bekalan dalam merempuh suatu perjalanan yang mungkin sunyi dan kembara yang mungkin sepi .. kutiplah segala madu dan penawar untuk luka dan calar .. temuilah apa yang kau idamkan ... mungkin ia bekalan baru buat suatu permusafiran yang engkau pun tidak tahu ..


-CopyNPaste dari Facebook DrMAZA (https://www.facebook.com/DrMAZA?ref=stream)







Tuesday 4 February 2014

The journey for 6 Months.


Hijrahku kepadaMu, membawa aku
beribu batu jauh dari keluargaku..
Bukan aku tak risau..
Bukan aku tak fikir..
Kejamnya aku tinggalkan mereka bersendiri..
Buat mereka bersedih,
untuk lepaskan aku seketika..
Sekejap je mak..abah..
Bersabarlah..
Aku perlukan ruang utk kembali ke jalanNya..
Berikanlah su masa mak..abah..



Semoga 6 bulan ini, aku belajar menjadi seorang yg lebih baik..
lebih BAIK dari sebelumnya..



Semoga 6 bulan ini, aku terus tabah untuk mendapatkan
keampunan dariMu, Ya Allah..



Semoga 6 bulan ini, membawa seribu hikmah yang baik utk
aku dan keluargaku..



"Ya Allah, redhakanlah hati kedua ibu bapaku dgn penghijrahanku..
jauhkanlah kami dari kesedihan yg berlebihan dan jadikanlah
penghijrahanku ini hijrah yang dapat mngubah aku kepada insan yg lebih baik.
Amin yg rabbal a'lamin..."